LIKE US!

HAPPY EID AL-ADHA

We wish all muslims a happy eid al-adha. To those who perform a pilgrimage may Allah grant you a haj al-mabrur. Insha-Allah, Amin.


Eid Takbir from Makkah




Qurban - The struggle and sacrifice of Ibrahim and Ismail alaihimassalam
(The video is originally posted by nisaaziz84@youtube.com. Wallahua'lam)

EID AL-ADHA PRAYER

Muslimin-Muslimat of Wellington,

Please be informed that Eid al-Adha prayer tomorrow will start at 9.30 am instead of 9.00 am.

Kami Penerus Perjuangan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Alhamdulillah, dengan izin-Nya Kelab UMNO Wellington baru sahaja melalui proses transisi kepimpinan bagi sesi 2010-2011. Saya percaya dengan sokongan Ahli Jawatankuasa yang lain, pihak kedutaan dan rakan-rakan pelajar semua, kita mampu bekerja bersama-sama untuk membawa Kelab UMNO Wellington ke arah yang lebih gemilang.

Saya sangat yakin Kelab UMNO Wellington adalah wadah yang amat sesuai untuk kita gunakan sebagai pemangkin kecemerlangan akademik sebagai pelajar, pembangunan kapasiti sebagai bakal pemimpin masa depan negara dan pemupukan ukhuwah yang mantap sebagai rakyat Malaysia yang setia.

At the same time, in this increasingly ever changing environment and global challenges and competitiveness, it is important for us to keep abreast with national agenda to transform our nation into high-income country and secure global recognition as a developed nation in near future. Government has done a lot in achieving that vision including the adoption of a policy that shift away from investment in bricks and mortar to investment in people. One of the direct result and inevitable output of that policy is the opportunity for us to pursue our tertiary education here. Now, it is our responsibility to achieve the outcomes of that policy by improving and enhancing our capacity and capability so that we can contribute enormously when we go home.

In this context, UMNO Club Wellington believes it can contribute something meaningful. But, we can’t do this alone. We seek your support, your assistance, your understanding, your engagement, and your scrutiny and criticisms. The UMNO Club Wellington is determined to continue the legacy of passion, big dreams and hard work, convinced that in partnership and mutual support amongst us, we will, God Willing, achieve.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini mewakili seluruh ahli Kelab UMNO Wellington mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan kepimpinan 2009-2010 yang telah melaksanakan amanah yang diberi dengan cemerlang dan sekaligus menyediakan sebuah landasan untuk sama-sama kita bangunkan demi agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

Amar Gadaffi
Presiden
13 November 2010

Barisan Kepimpinan Kelab UMNO Wellington 2010-2011

Presiden : Amar Gadaffi


Timbalan Presiden : Kay



Setiausaha : Shamimi





Timbalan Setiausaha : Nurul Huzaimah





Bendahari : Hazeem



Timbalan Bendahari : Nadia




Ketua Penerangan : Fatin




Timbalan Penerangan: Izzy




Tugas-tugas Khas : Lina



Juruaudit 1 : Atiq





Juruaudit 2 :Ina


berita dari seberang

Tengok tu perangai, Masya ALLAH, sebulan sekali je update blog..sob..sob..
mengade sungguh Umno kan?
Sorry guys, bukan tak mau update tp kekangaan masa
heh, bercakap macam lah ada anak 12 orang, kekangan masa konon, anak kucing pun tak ada.
Tapi tak apa, jom tengok apa yang terbaru dekat Wellington ni, activity yang budak-budak Wellington buat ni:
  • Pasar malam
  • Kem kempipinan (terasa macam kem kempimpinan pengawas masa dajah 6 tapi bila pergi best betul!!! Lain dari yang lain).Siapa yang nak tengok gambar can check it out over here

http://www.facebook.com/wellington.umno (tapi add umno dulu tau tau hehe)

Upcoming event

  • Debate/debat.

Ni serba sedikitlah perkembangan di New Zealand.Feel free to read out.

http://www.nzherald.co.nz/education/news/article.cfm?c_id=35&objectid=10645369

Kita tengah figure out macam mana nak buat photo bucket tu..Eii buta IT sungguh saya ni.Sorry tau.Ok kalau nak tengok gambar banyak dalam facebook UMNO.

Jaga diri semua orang!!

kita semua pelajar tajaan harus bersemangat!!

Hi semua, salam muhibah!
Check this out ----> tentang kita

Ok, mesti semua sudah baca berita tersebut. (Sorry saya kene skema).Bagi saya, kita semua pelajar tajaan tak kira tajaan Mara, Jpa, Tnb, Bank Negara, Petronas,BPG atau MOE harus bersyukur sebab kita dah diberikan peluang untuk belajar di sini, New Zealand.Kita MESTI berterima kasih pada kerajaan sebab tanpa KERAJAAN kita mesti tak dapat peluang rasa angin Wellington yang menggila, tengok permandangan cantik-cantik, berkawan dengan International students yang lain, makan makanan mat salleh, belajar berdikari, belajar budaya orang luar, sambut raya ramai-ramai di perantauan, ada chance masuk surat khabar masa salam perantauan dan jalan-jalan di sini.Dan jangan lupa tujuan utama...ILMU yang dikumpul sangat priceless!!!Tu yang paling penting.

Cara-cara untuk menghargai kerajaan (Ini bukan suggestions macam karangan tingkatan 3, serious!)

1- Belajar sekuat hati, serious, jangan suka gelak-gelak dan bersembang masa belajar.Focus and belajar all out.

2- Bersemangat pergi University, jangan malas ponteng kelas.

3- Kutip seberapa banyak pengalaman dan terapkan yang BAIK dan BERNAS di Malaysia

4- Berkhidmat di Malaysia dengan jaya

5- Elakkan rusuhan yang ntah ape-ape dan tiada tujuan.Tak payah elaklah, banned terus.

6-Promote Malaysia di masyarakat asing.Jangan kutuk Malaysia.Apelah, kutuk negara sendiri.Macam u alls kutuk diri sendiri pulak.

7-Bersukan.Jangan malas.Nanti kalau sakit cepat, sapa nak bangunkan Malaysia???

8- Buat benda yang banggakan Malaysia di mata asing.

Walaupun ramai yang kata New Zealand boring, tapi semua mesti nangis-nangis lepas tu rindu dekat Wellington bila balik nanti.Kalau tak percaya, nanti bila dah graduate, ha, tengoklah sendiri.

Jadi saya rasa, kita semua mestilah "live to the fullest" dekat sini, belajar, enjoy, and involve dalam semua activities yang dibuat.Sebab-sebab korang semua kene join, meh saya listkan ye.:

1- Akan dapat ramai kawan

2- Bergembira dan tak rasa homesick sangat

3- Banyak gambar akan di tag di facebook(I loike)

4- Dapat banyak ilmu baru

5- Dapat kumpul banyak kenangan manis, pahit atau apa-apa je kenangan, nanti balik Malaysia boleh rasa rindu

6- Tak dianggap anti-social

7- Skill komunikasi dapat di asah

Sebenarnya banyak dapat di kutip masa join semua activities.

Sadly, saya tak dapat listkan activities Umno because buku tu dekat Fenab (Setiausaha Umno).Jadi lepas dapat buku tu, saya update activities ok.
Ok tata.
Umno loves u alls.Muax!!

Ahli Jawatan Kuasa



Pengerusi bagi Umno sesi 2009/2010 ialah Khirol Azuddin atau lebih dikenali sebagai Khirol.Khirol masih lagi meneruskan pengajian di dalam bidang Tesl, tahun kedua di Victoria University.Seorang yang peramah, penyabar, cepat mesra, bertanggungjawab,berkepimpinan dan tegas.Tak lupa juga seorang yang pembersih.Prinsip Khirol ialah walau apa pun yang berlaku, kerja@ tugasan mesti siap.


Naib Pengerusi ialah Norlina Hamidon atau nama manjanya, Lina.Walau raut wajah nampak tegas,Lina penyanyang orangnya, tidak mudah perputus asa dan rajin memasak.Sentiasa berkeyakinan tinggi dan bersemangat di dalam setiap situasi.Lina sedang meneruskan pengajian dalam bidang Mathematics di tahun ketiga.

Siapa yang mencatit segala nota semasa mensyuarat?Mestilah Setiausahakan.Takkan Bendahari kot.Fatin Nabilah Abu Bakar merupakan setiausaha sulit yang penuh berdedikasi mencatit, membuat draf ketika mesyuarat.Tak perlu panggil Fatin Nabila (begitu panjang ye) hanya panggil Fenab sahaja.Mudah dan mesra gitu.

Siapa yang nak kumpul duit?Itulah tugas Hazim, panggil sahaja Hazim.Tiada nama timang-timangan.Masih belajar dalam bidang Mathematics di tahun kedua.Seorang yang periang dan peramah serta suka menjalinkan persaudaraan sesama kita.

Yang terakhir, tak lain dan tak bukan seorang PR yang terlampau ceria, banyak cakap dan kelam-kabut tapi si sebalik tu baik hati, ya inilah Nur Izdihar Azman atau boleh panggil Izzy saja.Izzy ialah pelajar jurusan Bioteknologi di tahun kedua.Sentiasa senyum, "camera alert" tetapi pemalu.Sesiapa yang mempunyai masalah berhubung apa-apa sahaja dari segi peribadi atau "public" jangan segan silu berjumpa dengan Izzy.

Oleh itu kepada sesiap yang inginkan apa-apa, jangan malu-malu menghubungi kami ye.


Pengenalan

Ya, seperti yang telah di gembar gemburkan, Kelab Umno Wellington semakin maju dari selangkah demi selangkah.Nampaknya tidak terlambat lagi untuk kami ahli umno mengucapkan selamat datang @ kia ora kepada semua pelajar-pelajar tahun pertama yang baru mendaftar.

Beginilah cuaca di wellington, walaupun cahaya matahari terik membakar kulit namun angin di wellington sentiasa di luar jangkaan.Oleh itu saya berharap para pelajar semua pandai menjaga kesihatan diri, pakai pakaian yang sesuai dengan cuaca dan sentiasa menjaga tubuh badan.Oh ya, jangan lupa bersenam! Maklumlah Wellington terkenal dengan "chocolate" yang ranggup, banyak perisa, lazat and yes, tak lupa juga keju yang boleh dihiris-hiris kemudian dimakan begitu sahaja.

Justeru ye para pelajar tahun pertama sekalian, jangan risau kalau berat badan naik dalam 5-10 kg.Itu perkara normal, kalau ada sesiapa yang mengalami kemurungan berhubung hal ini, sila hubungi ahli jawatan kuasa Umno.Kami sedia membantu :)

Terima kasih kepada yang mendaftar sebagai ahli Umno.



 
Wellington UMNO Club © 2012 | REVAMPED by ABANG PANDA, EXCLUSIVELY FOR WELLINGTON UMNO CLUB