LIKE US!

Peringatan kecemasan

Salam dan selamat sejahtera rakan-rakan pelajar Malaysia di Wellington,

Laporan berita telah banyak menyebut bahawa kemungkinan besar Wellington pula yang akan dilanda gempa bumi bukan satu perkara mustahil.

Sehubungan itu, saya bagi pihak Malaysian Students Council (MSC) ingin mengingatkan rakan-rakan semua agar membuat persediaan awal sekiranya bencana ini berlaku (berdoalah siang malam agar ia tidak terjadi). Antara keperluan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

Dokumen-dokumen penting yang perlu di simpan bawah kawalan pelajar



o Sijil lahir/passport/lesen memandu

o Sijil persekolahan/Transkrip peperiksaan

o Gambar keluarga

Keperluan makanan

o Keperluan air untuk tiga hari

o Keperluan makanan/bahan mentah untuk tiga hari

o Bahan kegunaan peribadi harian

Kit Kecemasan

o Bateri/lampu suluh

o Radio/telefon bimbit (make sure credit ada, jika tidak top up sekarang)

o Selimut/sleeping bag



Tolong pastikan keperluan di atas dimasukkan di dalam satu beg dan letakkan berhampiran rakan-rakan terutama bila tidur di waktu malam.

Di pihak MSC, kami akan mengedarkan standard operating procedure menghadapi bencana alam sedikit masa lagi yang antara lain mengandungi nombor perhubungan setiap wakil kariah yang dilantik MSC untuk rakan-rakan berhubung dan tempat berkumpul jika tidak tahu ke mana hendak pergi.



Kerjasama dan perhatian rakan-rakan berkenaan perkara di atas amat dihargai.

Sekian, terima kasih.



Muammar Gadaffi Omar)

Presiden

Malaysian Students Council 2010-2011

Presiden

Kelab UMNO Wellington 2010-2011

0211893990



Earthquake strikes Christchurch, yet to do list when nature disaster hits you

Major earthquake, which is 6.3 magnitude just strikesChristchurch, one of the most beautiful city in New Zealand. Sad news, yet we must take into actions of certain things that need to highlighted in case this unwanted disaster strike our land. Pray hard that the tectonic plates will keep still on the earth crust.Bits of here and there bout the major disater by TVNZ. ( Full story can be read over here: TVNZ )
*****************

"It is just a scene of utter devastation," he told ONE News. "We have to work as fast as we can to get people out of environments where they are trapped." Key flew to Christchurch this afternoon and after a quick tour of the city described it as "utterly wrecked", adding "this is an absolute tragedy for Christchurch".

Chch quake: 65 confirmed dead (Source: Getty Images)

A bus covered in debris after the 6.3 magnitude earthquake on February 22 2011 - Source: Getty Images.
"We may well be witnessing New Zealand's darkest day," he said.

*************************

Some of the heart breaking photos


NZ-quake-0221-11.jpg



Pictures from google

*************************************

And this shocking news confirmed that the sea creatures were hit by the disaster before it strikes on Christchurch land. News can be taken over HERE

107 Pilot Whales Dead on New Zealand Beach

By Elena Arteaga - Web Producer
Monday, February 21, 2011 - 4:01pm

STEWART ISLAND, NEW ZEALAND— More than a hundred whales have died on a remote New Zealand Island.

All members of a pod of 107 pilot whales died after they were stranded on the beach near Cavalier Creek on Stewart Island off of the southern tip of New Zealand's South Island. Officials had to euthanize 48of the 107 whales.

The whales were found by hikers on Sunday.

**********************

P/S : Quick update bout to do list :

PLEASE READ THIS HOMEPAGE FOR FURTHER DETAILS ON HOW YOU SHOULD KEEP YOURSELF SAFE DURING ANY EMERGENCY. TRUST ME, NEVER PREDICT THE WAR OF TECTONIC PLATES. BE READY!

-Izzy-


Menyambut juniors

Salam semua. Weather forecast this week semua cerah-cerah je! Barulah Summer! Today entry is about sesi menyambut juniors from Mara and JPA dari saya, selaku wakil Umno. From IPSAH wakil UMNO tak berkesempatan nak menyambut kerana mereka tiba di airport lewat malam. Saya tidak sempat sambut, maaf dihulurkan. Minta maaf bahasa saya campur-campur sikit, saja nak kasi mood "chill-chill". Kadang-kadang saya akan gunakan bahasa formal kalau event tersebut formal, dan kadang-kadang bahasa campuran supaya blog ini lebih friendly dan mudah di baca pelajar-pelajar. Blog Umno kali ini akan lebih bersikap santai/ formal.

Back to the story, ketibaan mereka lewat, kami sudah tiba di lapangan terbang pada pukul 3.30 pm tapi mereka tiba pada pukul 7 p.m. Kesian tak kamiii! Kesian kan ! Tapi tak pe. Demi adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang tegar menunggu. Menunggu sambil makan fish and chips. Lihatlah gelagat kami menunggu adik-adik juniors.

keikhlasan nampak di wajah masing-masing

Muka mcm dah penat je ni

*buat-buat sibuk, seorang je posed*

yeayy dah sampai.

mcm boring je kak.

kakak, abang dan adik junior



serbu-serbu!!

melangkah penuh gaya


Juniors sangat mendengar kata dan mengikut arahan yang diberikan , maka memudahkan proses mengambil dan menghantar ke accomodation masing-masing. Have a wonderful years ahead everyone! Study hard, smart, eat less, be safe. Till next time!

-Izzy-

Majlis makan malam bersama pegawai-pegawai kementerian

Ceria betul Tuan Pres kita

Pada malam Ahad, bersamaan 13 February 2011, telah diadakan Majlis Makan Malam bersama Timbalan Keteua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaa, Datuk Dr. Mohamad Ali Mohd Nor , Ketua Pegawai Esekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar, pegawai-pegawai kementerian yang lain dan juga para pelajar di Wellington, New Zealand.

Majlis makan malam bertemakan konsep "Jalinan kemesraan bersama rakyat" turut di selitkan dengan sesi soal jawab dari wakil pelajar PhD, khususnya Presiden Kelab UMNO Wellington Amar Ghadafi bersama pegawai-pegawai Jabatan Kementerian. Majlis makan malam bertempatkan di Restoran Istana Malaysia. Anggaran sebanyak 100 tetamu telah menjayakan Majlis Makan Malam ini.

Berita selanjutnya boleh di lihat di sini---> BERNAMA.
Maaf, saya sudah cuba "copy and paste" untuk memudahkan pembacaan para blogger tetapi semua hak cipta terpelihara oleh pihak BERNAMA. Tiada access untuk "copy and paste". Kesulitan amat dikesali.

P/s: Gambar di dalam berita BERNAMA ini merupakan Tuan Presiden Kelab Umno, Muammar Ghadafi.
P/s kedua : Have a great week ahead everyone :)




Barisan pegawai

para pelajar, yang di kanan sekali bukan main berselera


para pelajar



Timbalan Presien Kelab Umno Wellington, Kay Kasmara yang segak bergaya

Disediakan oleh,
Izzy

Rugby Sevens

Baru-baru ini, Rugby Sevens diadakan di Wellington, New Zealand.Perarakan setiap pasukan rugby diadakan di sepanjang Lambon Quay dan Courtney Place (jalan di bandar Wellington). Rugby Sevens diadakan setiap tahun dan berpusat di Wellington. Sukan rugby bukanlah asing lagi di New Zealand kerana pasukan All Blacks sentiasa mendapat perhatian tatkala beraksi di padang mahupun di khayalak ramai. Rugby sevens merupakan sukan rugby yang menggunakan 7 orang pemain instead of 15 pemain. Untuk keterangan lebih lanjut, saya lampirkan definition dar wikipedia:

Rugby sevens, also known as seven-a-side or simply 7's, is a variant of rugby union in which teams are made up of seven players, instead of the usual 15, with shorter matches. The game originated in Melrose, Scotland, where the Melrose Sevens tournament is still played annually. The game is popular at all levels, with amateur and club tournaments generally held in the summer months. Sevens is one of the most well distributed forms of rugby, and is popular in parts of Africa, Asia, Europe, and the Americas, and especially in the South Pacific.[2]

Notable international competitions include the IRB Sevens World Series and the Rugby World Cup Sevens. Rugby sevens is also played at some multi-sport events such as the Commonwealth Games, taking place four times (1998 - Kuala Lumpur, Malaysia, 2002 - Manchester, England, 2006 - Melbourne, Australia, and 2010 - Delhi, India), each time the gold medal being won by New Zealand.

Rugby sevens is now recognised as an Olympic sport and will make its debut in the 2016 Summer Olympics. This follows a vote by the executive board of the International Olympic Committee (IOC) to include the sport. That decision was backed at the 121st International Olympic Committee Session inCopenhagen on October 9, 2009.[3]

.Laman web rasmi Rugby Sevens boleh didapati di SINI


Enjoy semua gambar semasa perarakan Rugby Sevens.Credits to FUAD. yang bertungkus lumus bergerak ke dataran perarakan bersama rakan-rakannya. Enjoy :)

The photographer of the day, Fuad

Syuib @ Bob, salah seorang pelajar B.ed.Tesol di University of Victoria, Wellington







Dan para penyokong yang memeriahkan suasana.

Izzy, pelajar Biotechnology di University of Victoria, Wellington


Rasyiqah, pelajar B.ed.Tesol di Victoria University, Wellington.





Itu saja buat masa kini, ada "big event" yang akan menyusul Ahad ini.Stay tune readers.

-Izzy-

Melangkah ke 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.2011 telah membuka lembaran yang baru kepada kita semua.Semoga semua pembaca akan mendapat keredhaan Allah SWT dalam apa jua biudang yang diceburi. Pertama kalinya saya ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kerana lambat memberikan sebarang info mengenai perjalanan karier UMNO di sini. Walaupun ramai yang bercuti di Malaysia sempena cuti musim panas, Presiden Umno, iaitu saudara Amar Ghadaffi masih teguh memberikan serba sedikit info mengenai perjalanan UMNO di sini melalu facebook dan email.

Umum sudah mengetahui mengenai keadaan politik di Tenang.Maka disini saya ingin menglampirkan berita kemenangan barisan pimpinan UMNO melalu berita yang dipetik dari UMNO online.

LABIS, 30 Jan – Barisan Nasional (BN), mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menerusi calonnya Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707.

Mohd Azahar mendapat undi 6,699 sementara calon Pas, Normala Sudirman memperoleh 2,992 manakala undi rosak142.

Pengumuman dibuat di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis oleh Pegawai Pengurus PRK.

Proses pengundian bagi kerusi PRK DUN Tenang, dibuka pukul 8 pagi dan ditutup pukul 5 petang ini melibatkan 12 pusat pengundian.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. – MediaUMNO

***********************************************************

LABIS, 30 Jan – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih tinggi merupakan bukti rakyat menerima kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dasar yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri telah diterima baik oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Ia adalah kemenangan yang membuktikan penerimaan rakyat pelbagai kaum terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman di negeri ini.

“Dasar-dasar oleh Perdana Menteri seperti Gagasan 1Malaysia, GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan ETP (Program Transformasi Ekonomi) telah disambut dengan baik oleh rakyat semua kaum,” katanya pada sidang akhbar selepas calon BN diumumkan memenangi pilihan raya itu di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis malam ini.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung hari ini, Mohd Azahar Ibrahim, 39, yang memperoleh 6,699 undi menewaskan calon Pas Normala Sudirman, 38, yang hanya memperoleh 2,992 undi.

Walaupun peratusan yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Tenang hanya 67 peratus, namun majoriti yang diperoleh calon BN ialah 3,707 undi, dan jumlah ini jauh lebih banyak berbanding 2,492 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum 2008.

Muhyiddin berkata BN akan meneruskan usaha bagi meningkatkan keyakinan rakyat pelbagai kaum terhadapnya.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri berharap trend kemenangan BN pada pilihan raya kecil akhir-akhir ini, termasuk di DUN Tenang hari ini, mampu diteruskan pada pilihan raya kecil DUN Merlimau 6 Mac ini.

Mengenai kemerosotan jumlah undi yang diperoleh calon Pas, beliau berkata keputusan di DUN Tenang merupakan bukti jelas bahawa parti pembangkang itu ditolak rakyat Johor.

“Dari segi sejarah, Pas sememangnya tidak mempunyai tempat di hati rakyat Johor. Keputusan hari ini hanya mengesahkan bahawa Pas ditolak oleh rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata kemenangan BN hari ini dengan majoriti yang kian meningkat juga membuktikan bahawa Johor kekal sebagai kubu kuat parti pemerintah itu.

***********************************************

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dengan kemenangan ini dan diharapkan tampuk pemerintahan UMNO akan sentiasa menegakkan hak hak rakyat dan seterusnya menjadi sumber inspirasi kepada golongan muda mudi untuk menceburkan diri dalam bidang politik.


p/s : Berdebar-debar menunggu World Cup Rugby 2011. Updates later on this.Stay tune :D


izzy.





 
Wellington UMNO Club © 2012 | REVAMPED by ABANG PANDA, EXCLUSIVELY FOR WELLINGTON UMNO CLUB