Annual General Meeting 2012
Mesyuarat tahunan ini
diadakan sebagai penutup aktiviti dijalankan kelab sepanjang 2012 dan bagi
menyampaikan sijil kepada ahli-ahli aktif sepanjang tahun berdasarkan jumlah
penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti menerusi sistem mengumpul cop.
Selain itu, ianya turut diadakan bagi melantik barisan peneraju kelab untuk
sesi 2012/2013 secara rasmi. Upacara ini telah diadakan di Student Union Building, Kelburn
Campus VUW pada hari Sabtu, 20 Oktober 2012, bermula pukul 8.00 malam dan
berakhir 10.30 malam.
![]() |
Ahli-ahli Wellington Umno Club |
![]() |
Ahli-ahli Wellington Umno Club & Maslina Mohd Akhir, Presiden WMSO 2012/13 |
![]() |
Ahli-ahli Wellington Umno Club, (dari hadapan) Fatin Rye Hanna, Mimi Aziz & Siti Nuraishah. |
Berakhirnya
tahun akademik 2012 menandakan berakhirlah tampuk kepimpinan saudara Muhammad
Fitri bin Ahmad dan rakan-rakan. Setelah bertungkus-lumus menganjurkan pelbagai
aktiviti untuk menarik minat ahli selain memupuk semangat kesatuan antara
pelajar Malaysia di bumi Wellington ini, Kelab UMNO Wellington sesi 2011/2012
berasa berbesar hati kerana telah dapat berkhidmat sekali lagi untuk kebajikan
para pelajar Malaysia di sini.
![]() |
Mantan Presiden WUC 2011/12, saudara Muhammad Fitri bin Ahmad |
Patah
tumbuh hilang berganti, Annual General Meeting telah diadakan pada 20 Oktober
2012 yang lepas. Bermula pada pukul 8.30 malam, majlis ini turut dihadiri
tetamu-tetamu kehormat iaitu Ustaz Mohd Erfino bin Johari, Pengarah EMNZ; Puan
Salmah Kassim, Education Attache, EMNZ; dan Puan Noor Azlin binti Adnan,
pegawai JPA di New Zealand. Dimulakan dengan bacaan doa, majlis yang
dipengerusikan oleh saudari Salehana ini didahulukan dengan upacara penyampaian
hadiah bagi pemenang pertandingan boling yang diadakan baru-baru ini di
Bolarama, Newtown.
Majlis
kemudiannya diteruskan dengan pengenalan ahli jawatankuasa kelab sesi
2011/2012. Selepas itu, saudara Muhammad Fitri telah dijemput untuk
membentangkan laporan kelab bagi aktivit-aktiviti yang telah dijalankan
sepanjang tahun 2012 diikuti dengan pembentangan laporan kewangan kelab oleh
saudari Nurul Nadia Mohd Azmir, bendahari WUC serta sedikit video ringkas
memori indah ahli WUC sepanjang tahun ini yang telah dikompilasikan oleh
saudari Nurul Fasihah selaku Exco Media dan Hebahan.
Kemudian,
majlis telah menjemput para tetamu kehormat untuk menyampaikan sijil kepada
penerima anugerah Emas, Perak dan Gangsa, yakni mereka yang telah menjadi ahli
aktif sepanjang tahun ini menerusi penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti
yang telah dikenalpasti menerusi sistem mengumpul cop, yang mana baru
diperkenalkan awal tahun ini untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri
dalam pelbagai acara anjuran kelab. Penerima anugerah Gangsa adalah mereka yang
telah menyertai 5 hingga 7 aktiviti, sementara perak (8-9 aktiviti) dan Emas
(lebih dari 10 aktiviti). Penerima anugerah ini menerima sijil yang
ditandatangani Perdana Menteri kita sendiri dan pelbagai cenderamata UMNO
sebagai penghargaan. Di antara menerima anugerah Emas, Perak dan Gangsa;
![]() |
Saudara Aizat Zulhilmi Yusup, |
![]() |
Saudari Hazemyn Roslan, |
![]() |
Saudari Suraya Saderi, |
![]() |
Saudara Muhammad Arif Idrus, |
![]() |
Saudari Kirandeep Kaor, |
![]() |
Saudara Muhammad Asfan Nazilah. |
Seterusnya,
majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil kepada ahli jawatankuasa
kelab sesi 2011/12. Majlis kemudiannya diambil alih saudara Muhammad Fitri dan
Nurul Najihah bagi mengumumkan barisan kepimpinan WUC sesi 2012/2013. Berikut adalah
5 ahli jawatankuasa tertinggi kelab yang telah dilantik:
Presiden : Kamarul Helmi
bin Kamarudin
Naib
Presiden : Nor Nazneem
binti Inche Kamarudin
Setiausaha : Salehana binti
Sallehin
Bendahari : Nurafeefa binti
Bungsu
Ketua
Penerangan : Mohamad Ali bin
Affandi
Setinggi-tinggi
tahniah diucapkan kepada mereka yang telah dilantik dan terima kasih yang tidak
terhingga juga diucapkan kepada barisan kepimpinan 2011/12 yang telah
menjalankan tugas masing-masing dengan berjaya selain menjadi pelajar dalam
pada masa yang sama. Presiden dan Naib Presiden sesi 2012/13 telah dipanggil
bagi menyampaikan sedikit ucapan sepatah dua kata usai pengumuman tersebut.
Sebelum mengakhiri majlis, satu sesi soal jawab telah dijalankan bagi
menyelesaikan segala masalah agar buku baru dapat dibuka sebelum memulakan sesi
2012/13.
Sekitar
jam 10.30 malam, hadirin telah dijamu dengan nasi kerabu hasil tangan chef
terkenal Wellington, tidak lain tidak bukan- saudari Nurul Najihah. Selesai
makan, majlis pun bersurai.
Disediakan oleh,
Salehana Sallehin
Setiausaha WUC 2012/13
0 comments:
Post a Comment