Pada 23 dan 24 Mac 2012, sebahagian ahli jawatankuasa
WUC telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam satu seminar iaitu
Malay, Maori and Pacific Language, Art and Culture. Seminar ini dijalankan
dengan kerjasama Chair of Malay Studies, Te Kawa A Maui, Te Herenga Waka Marae,
Vaaomanu Pasifika Unit dan Department of Psychology Universiti Islam
Antarabangsa (UIA).
Seminar ini adalah seminar yang ketiga, di mana
seminar yang kedua telah diadakan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI),
Malaysia. Seminar yang secara keseluruhan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris
ini bertemakan “The changing values of Malays, Maori and the Pacific
Islanders”.

Pengerusi WUC, Addy dan juga setiausahnya, Adibah
terlibat semasa sesi pendaftaran.
Selain itu juga, ahli jawatankuasa WUC iaitu Faiznur
dan Nazneem terlibat dalam persembahan tarian budaya semasa sesi makan malam
pada kedua-dua hari tersebut.
Terdapat juga aktiviti sampingan selepas seminar
tersebut pada 25 Mac iaitu lawatan ke Penray Garden, Otaki dan makan tengahari
di rumah Cikgu Elyas.
Satu pengalaman yang seronok apabila ahli jawatankuasa
WUC diberi peluang membeli dan memetik sendiri buah-buahan yang terdapat di
Penray Garden tersebut.
Mereka juga dapat beramah mesra dengan tetamu-tetamu
‘besar’ seperti seperti Dato’ Mazlam Muhammad, High Commissioner of Malaysia
serta Profesor Dato’ Wan Rafaei dan isteri. =)
Laporan disediakan oleh,
Siti Faiznur Norman
Laporan disediakan oleh,
Siti Faiznur Norman
Ketua Exco Sukan, Kebudayaan dan Sosial WUC
0 comments:
Post a Comment