Pada 27 Mei
2012, WUC telah
menganjurkan aktiviti Amazing Race dan Lunch. Aktiviti ini merupakan aktiviti
tahunan WUC yang sering dinantikan oleh semua. Pada kali ini, penyertaan bagi
Amazing Race sangatlah meriah kerana sebanyak 13 kumpulan iaitu seramai 39
orang peserta telah mendaftarkan diri untuk manyahut cabaran yang dijanjikan
sangat menarik. =)
Amazing Race dijalankan pada sesi pagi bermula jam 9 hinggalah ke tengahari di mana ‘checkpoint’ pertama telah dirasmikan oleh Mr. President WUC, Addy. Semua tugasan bagi setiap ‘checkpoint’ dilakukan di sekitar bandar Wellington dan Victoria University of Wellington berdasarkan ‘clue’ dan soalan yang perlu difikir secara kreatif. Antara tugasan yang menarik ialah menemu-ramah warga Kiwi di Cuba Street bagi merakam video mereka menyanyikan lagu rakyat! Menarik bukan? =D
Selesai saja
Amazing Race, sesi Amazing Lunch pula diadakan bertempat di rumah cik vice
president, Najihah. Walaupun kawasannya agak sempit kerana ramai yang datang, namun
semua peserta sangat kenyang dan berpuas hati dek juadah yang enak seperti ayam
dan sosej bakar beserta sos BBQ dan coleslaw. Pujian haruslah diberikan kepada
cik setiausaha WUC, Adibah selaku ketua chef serta AJK WUC yang lain yang telah
bertungkus-lumus menyediakan hidangan tersebut! =)
Terima kasih
kepada semua yang terlibat dalam memeriahkan aktiviti ini! Big claps to all!!
Amazing Race dijalankan pada sesi pagi bermula jam 9 hinggalah ke tengahari di mana ‘checkpoint’ pertama telah dirasmikan oleh Mr. President WUC, Addy. Semua tugasan bagi setiap ‘checkpoint’ dilakukan di sekitar bandar Wellington dan Victoria University of Wellington berdasarkan ‘clue’ dan soalan yang perlu difikir secara kreatif. Antara tugasan yang menarik ialah menemu-ramah warga Kiwi di Cuba Street bagi merakam video mereka menyanyikan lagu rakyat! Menarik bukan? =D

Presiden Kelab UMNO Wellington memberikan ucapan sepatah dua kata
Pemenang tempat pertama
Pemenang tempat kedua
Pemenang tempat ketiga
Pemenang tempat keempat
FB page Wellington UMNO Club (WUC)
Laporan disediakan oleh,
Siti Faiznur Norman
Ketua Exco Sukan, Kebudayaan dan Sosial WUC
Laporan disediakan oleh,
Siti Faiznur Norman
Ketua Exco Sukan, Kebudayaan dan Sosial WUC