Pada 30 April 2012 yang lepas, bersempena dengan
kedatangan Y.B. Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat
(MARA) ke New Zealand, satu perjumpaan telah diadakan antara pelajar tajaan
MARA di Wellington, pegawai MARA, dan wakil dari High Commission of Malaysia
(HICOM). Program ini bertempat di salah salah sebuah bilik kuliah di Victoria
University of Wellington dan dihadiri oleh semua pelajar tajaan MARA. Program
yang bermula pada pukul 5.30 petang ini menjadi medium bagi mengumpulkan rakyat
Malaysia
di Wellington , NZ.
Antara pelajar tajaan MARA.
Salah satu objektif perjumpaan ini adalah untuk
membincangkan perkembangan aktif pelajar MARA di Wellington, dan juga
menyelesaikan beberapa isu dan masalah yang dihadapi pelajar sepanjang
pengajian mereka di bumi New Zealand ini termasuklah masalah kontrak dan kewangan.
Hal ini menunjukkan keprihatinan penganjur terhadap kebajikan pelajar di luar
negara.
Y.B. Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh sedang
meyampaikan ucapan.
Selain itu, perjumpaan ini memberi peluang kepada pelajar
untuk mendekati dan lebih mengenali peneraju MARA iaitu Y.B. Dato’ Seri Haji
Idris Bin Jusoh secara bersemuka. Peluang yang diberikan ini digunakan sebaik
mungkin oleh para pelajar untuk mendengar perkongsian pengalaman dan pahit
manis kehidupan yang ditempuhi beliau sepanjang perkhidmatan beliau bersama
kerajaan Malaysia .
Ucapan beliau diakhiri dengan laungan “1 Malaysia ” oleh
semua hadirin.
Dengan kehadiran beliau ke Wellington
secara tidak langsung meningkatkan semangat para pelajar untuk terus berjuang
menimba ilmu seluas langit di bumi Wellington
ini sebelum pulang berkhidmat kepada negara tercinta. Beliau tanpa jemu melontarkan
nasihat yang membina kerana beliau percaya bahawa pelajar-pelajar inilah yg
bakal melayarkan bahtera kepimpinan kerajaan Malaysia pada masa akan datang.
Y.B. Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh bersama
wakil HICOM dan presiden WMSO dan UMNO.
Oleh itu, buat pelajar Malaysia di serata dunia, ayuhlah
kita teruskan misi menimba ilmu dan mencari pengalaman yang berharga di tempat
orang ini agar nanti kita mampu menyumbang kepada kemajuan agama, bangsa dan negara.
Disediakan oleh,
Nurul Ain Liyana binti kamalruzzaman
Ahli Jawatan Kuasa Exco Pendidikan
0 comments:
Post a Comment