Pada 27 Mei
2012, WUC telah
menganjurkan aktiviti Amazing Race dan Lunch. Aktiviti ini merupakan aktiviti
tahunan WUC yang sering dinantikan oleh semua. Pada kali ini, penyertaan bagi
Amazing Race sangatlah meriah kerana sebanyak 13 kumpulan iaitu seramai 39
orang peserta telah mendaftarkan diri untuk manyahut cabaran yang dijanjikan
sangat menarik. =)
Amazing Race
dijalankan pada sesi pagi bermula jam 9 hinggalah ke tengahari di mana
‘checkpoint’ pertama telah dirasmikan oleh Mr. President WUC, Addy. Semua
tugasan bagi setiap ‘checkpoint’ dilakukan di sekitar bandar Wellington dan Victoria
University of Wellington
berdasarkan ‘clue’ dan soalan yang perlu difikir secara kreatif. Antara tugasan
yang menarik ialah menemu-ramah warga Kiwi di Cuba Street bagi merakam video
mereka menyanyikan lagu rakyat! Menarik bukan? =D

Laporan disediakan oleh,
Siti Faiznur Norman
Ketua Exco Sukan, Kebudayaan dan Sosial WUC
0 comments:
Post a Comment