Majlis Resepsi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
ke New Zealand
TYT Rosmidah
binti Zahid bersama pimpinan pelajar
dan Pengerusi
Kelab UMNO Wellington.
Pada 18 Julai 2012 , telah berlangsung satu
majlis resepsi untuk menerima kedatangan Tuan Yang Terutama (TYT) Rosmidah
binti Zahid, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand yang baru. Majlis ini telah
berlangsung di Dewan Bunga Raya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia,
Wellington. Selain dari ‘home-based staff’, para pepimpin persatuan pelajar dan
persatuan Malaysia di Wellington, New Zealand turut dijemput untuk menghadiri
majlis resepsi ini. Majlis yang dijalankan secara sederhana dan santai ini
memberi peluang untuk semua kakitangan dan pemimpin persatuan Malaysia di
Wellington untuk beramah mesra dan mengenali dengan lebih dekat akan TYT
Rosmidah binti Zahid. Beliau telah menggantikan TYT Dato’ Mazlan bin Mohammad
yang telahpun berpindah dan menjadi Wakil Tetap Malaysia ke United Nation di
Geneva.
Warga Kelab UMNO Welington ingin
mengalu-alukan kedatangan TYT Rosmidah binti Zahid dan mengharapkan agar
hubungan yang lebih erat akan terjalin antara semua warga Malaysia di New
Zealand dan pihak Suruhanjaya Tinggi di sini.
Sekian , wasssalam.
Laporan disediakan oleh,