Pada 14 Julai yang lepas, Exco Sukan dan Kebudayaan WUC telah menganjurkan WUC Paintball. Aktiviti tersebut dijalankan di Thunderball Adventure Games, Manor Park, Lower Hutt. Faiznur Norman dan Nor Nazneem selaku ahli exco telah mengetuai aktiviti ini.
Pada pukul
8.30 pagi, seramai 20 orang ahli WUC berkumpul di Wellington Railway Station. Tepat
jam 9.05 pagi, kami memulakan perjalanan selama 40 minit ke Manor Park. Perjalanan pergi
dan balik telah ditaja sepenuhnya oleh WUC. Thanks a million WUC! ;)
Setibanya
kami di hadapan pintu masuk Thunderball Adventure Games. Wajib
bergambar dulu! =)
Semua ahli WUC yang terlibat dalam aktiviti ini
memberi respon yang sangat positif walaupun sudah kepenatan bermain paintball
selama tiga jam! Objektif aktiviti ini iaitu memupuk semangat kesukanan dan
nilai kerjasama antara ahli kelab terbukti tercapai. Melalui aktiviti ini
juga,selain dapat berkenalan dan mengeratkan hubungan, ahli kelab dapat juga
sedikit-sebanyak mengisi masa cuti semester yang tinggal dengan aktiviti yang
sangat bermanfaat ini.
Untuk lebih gambar-gambar sepanjang aktiviti ini bolehlah melawati laman
page facebook kami di FB page Kelab UMNO Wellington (WUC)
Nantikan aktiviti WUC seterusnya, mungkinkan bowling,
menaiki bot atau berkayak?? Tungguuuuuu.... =D
Laporan disediakan oleh,
Siti Faiznur Norman,
Ketua Exco Sukan, Kebudayaan dan Sosial WUC
Ketua Exco Sukan, Kebudayaan dan Sosial WUC
0 comments:
Post a Comment