Ahli Jawatan Kuasa



Pengerusi bagi Umno sesi 2009/2010 ialah Khirol Azuddin atau lebih dikenali sebagai Khirol.Khirol masih lagi meneruskan pengajian di dalam bidang Tesl, tahun kedua di Victoria University.Seorang yang peramah, penyabar, cepat mesra, bertanggungjawab,berkepimpinan dan tegas.Tak lupa juga seorang yang pembersih.Prinsip Khirol ialah walau apa pun yang berlaku, kerja@ tugasan mesti siap.


Naib Pengerusi ialah Norlina Hamidon atau nama manjanya, Lina.Walau raut wajah nampak tegas,Lina penyanyang orangnya, tidak mudah perputus asa dan rajin memasak.Sentiasa berkeyakinan tinggi dan bersemangat di dalam setiap situasi.Lina sedang meneruskan pengajian dalam bidang Mathematics di tahun ketiga.

Siapa yang mencatit segala nota semasa mensyuarat?Mestilah Setiausahakan.Takkan Bendahari kot.Fatin Nabilah Abu Bakar merupakan setiausaha sulit yang penuh berdedikasi mencatit, membuat draf ketika mesyuarat.Tak perlu panggil Fatin Nabila (begitu panjang ye) hanya panggil Fenab sahaja.Mudah dan mesra gitu.

Siapa yang nak kumpul duit?Itulah tugas Hazim, panggil sahaja Hazim.Tiada nama timang-timangan.Masih belajar dalam bidang Mathematics di tahun kedua.Seorang yang periang dan peramah serta suka menjalinkan persaudaraan sesama kita.

Yang terakhir, tak lain dan tak bukan seorang PR yang terlampau ceria, banyak cakap dan kelam-kabut tapi si sebalik tu baik hati, ya inilah Nur Izdihar Azman atau boleh panggil Izzy saja.Izzy ialah pelajar jurusan Bioteknologi di tahun kedua.Sentiasa senyum, "camera alert" tetapi pemalu.Sesiapa yang mempunyai masalah berhubung apa-apa sahaja dari segi peribadi atau "public" jangan segan silu berjumpa dengan Izzy.

Oleh itu kepada sesiap yang inginkan apa-apa, jangan malu-malu menghubungi kami ye.


0 comments:

Post a Comment

 
Wellington UMNO Club © 2012 | REVAMPED by ABANG PANDA, EXCLUSIVELY FOR WELLINGTON UMNO CLUB