Pendaftaran Ahli dan Pelancaran Logo Baru Kelab UMNO Wellington

Pada 20 Mac 2011,  Kelab UMNO Wellington telah  membuka peluang kepada pelajar-pelajar baru untuk mendaftar sebagai ahli kelab. Sambutan amat menggalakkan setelah seramai 70 orang pelajar telah mendaftar. Pada hari tersebut juga, Kelab UMNO Wellington telah melancarkan logo baru. Majlis ini telah diadakan bersama-sama ketika Wellington Malaysian Students Organization (WMSO) mengadakan inaugural general meeting (IGM) di Everton Hall. Dengan cara itu, para pelajar yg hadir pada WMSO IGM dapat sekaligus mendaftar sebagai ahli kelab UMNO Wellington. 




Logo baru Kelab UMNO Wellington



Pelajar-pelajar di Wellington yang hadir pada WMSO IGM dan Pendaftaran Ahli dan Pelancaran Logo Baru Kelab UMNO Wellington











Pereka logo Kelab UMNO Wellington: Kay


Komiti Kelab UMNO Wellington 2011





Kepada ahli baru Kelab UMNO Wellington...

Dari Melaka pergi ke Pahang    
    Singgah di Johor beli barangan
 Kami ucapkan Selamatlah Datang
    Apa yang kurang dikeji jangan

Negeri Pahang aman sentosa 
    Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati nak buat jasa     
    Mudah-mudahan Tuhan makbulkan

Marilah bersama-sama memantapkan lagi kelab kita. 




"UMNO bukan tentang saya. UMNO bukan tentang awak. Tetapi UMNO tentang KITA." ~ Muammar Gadaffi, Presiden Kelab UMNO Wellington 2011.






p/s: Terima kasih pada pihak WMSO kerana memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi dan bertolak ansur untuk menjayakan majlis WMSO dan UMNO. Diharapkan supaya kita dapat lagi bekerjasama pada masa akan datang. :)


-iznie-

0 comments:

Post a Comment

 
Wellington UMNO Club © 2012 | REVAMPED by ABANG PANDA, EXCLUSIVELY FOR WELLINGTON UMNO CLUB