Majlis solat hajat dan panduan kecemasan (SOP)

Pada hari Jumaat, bersamaan 4 March 2011, telah diadakan satu majlis solat hajat untuk mengelakkan bencana alam, sekaligus bagi memperingati dan memusahabah diri jikalau sebarang kajadian yang tak diingini berlaku. Majlis bertempatkan di Everton Hall.

Selepas solat hajat, taklimat panduan kecemasan bagi sebarang kejadian yang tidak diingini, khususnya gempa bumi diberikan oleh Presiden Umno, Muammar Gadaffi.








Beberapa langkah-langkah keselamatan telah diambil kira khususnya pembahagian kawasan wellington kepada beberapa "check points", supaya proses pengumpulan nama-nama pelajar dapat dilakukan dengan mudah dan pantas jikalau kajadian gempa bumi berlaku di Wellington.










Sesi taklimat turut disampaikan oleh Lt.Col Ahmad Faeizzalan (Penasihat pertahanan di STM). pengalaman beliau semasa bertugas di Christchurh, bagi kejadian gempa bumi baru-baru ini turut di kongsi bersama pelajar-pelajar. Teknik mengelakkan panik turut dikongsi.






Kakitangan dapur yang berwibawa, terima kasih diucapkan!


Akhir kata, jaga diri semua!

0 comments:

Post a Comment

 
Wellington UMNO Club © 2012 | REVAMPED by ABANG PANDA, EXCLUSIVELY FOR WELLINGTON UMNO CLUB