Kursus Kepimpinan Gerak Kerja WUC 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Alhamdulillah, dengan kerjasama YBhg. Datuk Shariff Hamid dan Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara (KULN) FB Sekretariat KULN, pucuk kepimpinan WUC sesi 2011/2012 telah pun menjalankan Kursus Kepimpinan Gerak Kerja Kelab UMNO Wellington 2011.Kursus diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula pada 28 Disember - 30 Disember 2011 di Villa D'Rimba, Hulu Langat, Selangor. Kursus disertai oleh 16 orang ahli kelab termasuk 4 orang daripada UMNO Auckland. Untuk pengetahuan, kursus ini bertujuan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti WUC yang akan diadakan sepanjang tahun 2012. Turut menjadi objektif kursus ialah mengeratkan silaturrahim antara ahli kelab. Malkumlah baru dilantik, dan masih mencari keserasian untuk berkolaborasi. Semua peserta berkumpul di Menara Dato' Onn, PWTC sebelum menaiki van UMNO ke Villa D'Rimba. Kursus dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta.




* cuba untuk masukkan gambar semua peserta tapi gambar jadi tak elok. 
Boleh claim gambar di  FB Miss Vice.

Selepas pendaftaran peserta, kursus diteruskan dengan taklimat daripada Presiden berkenaan jadual perjalanan kursus.  

*semua peserta bersemangat mencatat taklimat daripada presiden.

Datuk Shariff Hamid, Setiausaha KULN

Selepas makan tengahari dan solat, kursus diteruskan dengan sesi perkenalan diri atau ice breaking. 



Wakil Sekretariat KULN; Siti Nurfilza dan Afizan Azhar sebagai pemerhati.



Bekas Kapten Skuad bawah 17 tahun Malaysia, Muhd Ariff Zulkifly juga menyertai kursus tersebut.
Boleh rujuk di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang saudara Ariff. 

Selesai sesi pengenalan diri, kursus diteruskan dengan slot bersama Datuk Kamal Haji Muhammad, Mantan Pengurus Besar Tabung Haji.  Alhamdulillah, slot bersama Datuk sangat padat dengan informasi terutama mengenai tujuan hidup manusia. Sesungguhnya 'makanan rohani' ini sangat penting untuk kita selalu mengingati Maha Pencipta walau di mana kita berada. 

Jam 5 petang semua peserta beriadah. Yang menariknya, Villa ini menyediakan tasik untuk berkayak, memancing dan sebagainya.

* muka yang tak sabar nak beriadah.


Azizul, penjaga Villa yang sangat sangat berdedikasi. Terima kasih Azizul! 

Tasik Villa D'Rimba
Pada sebelah malam, sesi gerak kerja dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Saudara Presiden, Addy. 



Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil untuk menyiapkan 3 proposal aktiviti terbesar WUC untuk tahun 2012. Ahli UMNO Auckland menjadi fasilitator untuk setiap kumpulan. Hari pertama kursus tamat pada jam 11 malam.

Disediakan oleh: 
Najihah Rahman,
Timbalan Pengerusi WUC


0 comments:

Post a Comment

 
Wellington UMNO Club © 2012 | REVAMPED by ABANG PANDA, EXCLUSIVELY FOR WELLINGTON UMNO CLUB