Seminar Malay, Maori and Pacific Language, Art and Culture


Pada 23 dan 24 Mac 2012, sebahagian ahli jawatankuasa WUC telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam satu seminar iaitu Malay, Maori and Pacific Language, Art and Culture. Seminar ini dijalankan dengan kerjasama Chair of Malay Studies, Te Kawa A Maui, Te Herenga Waka Marae, Vaaomanu Pasifika Unit dan Department of Psychology Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Seminar ini adalah seminar yang ketiga, di mana seminar yang kedua telah diadakan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Malaysia. Seminar yang secara keseluruhan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris ini bertemakan “The changing values of Malays, Maori and the Pacific Islanders”.







Pengerusi WUC, Addy dan juga setiausahnya, Adibah terlibat semasa sesi pendaftaran.
Selain itu juga, ahli jawatankuasa WUC iaitu Faiznur dan Nazneem terlibat dalam persembahan tarian budaya semasa sesi makan malam pada kedua-dua hari tersebut.





Terdapat juga aktiviti sampingan selepas seminar tersebut pada 25 Mac iaitu lawatan ke Penray Garden, Otaki dan makan tengahari di rumah Cikgu Elyas.
Satu pengalaman yang seronok apabila ahli jawatankuasa WUC diberi peluang membeli dan memetik sendiri buah-buahan yang terdapat di Penray Garden tersebut.




Di samping itu, ahli jawatankuasa WUC juga sangat bertuah menjadi tetamu di rumah Cikgu Elyas kerana dapat menjamah hidangan Malaysia yang lazat!
Mereka juga dapat beramah mesra dengan tetamu-tetamu ‘besar’ seperti seperti Dato’ Mazlam Muhammad, High Commissioner of Malaysia serta Profesor Dato’ Wan Rafaei dan isteri.  =)


Laporan disediakan oleh,

Siti Faiznur Norman
Ketua Exco Sukan, Kebudayaan dan Sosial WUC  




0 comments:

Post a Comment

 
Wellington UMNO Club © 2012 | REVAMPED by ABANG PANDA, EXCLUSIVELY FOR WELLINGTON UMNO CLUB