Melangkah ke 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.2011 telah membuka lembaran yang baru kepada kita semua.Semoga semua pembaca akan mendapat keredhaan Allah SWT dalam apa jua biudang yang diceburi. Pertama kalinya saya ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kerana lambat memberikan sebarang info mengenai perjalanan karier UMNO di sini. Walaupun ramai yang bercuti di Malaysia sempena cuti musim panas, Presiden Umno, iaitu saudara Amar Ghadaffi masih teguh memberikan serba sedikit info mengenai perjalanan UMNO di sini melalu facebook dan email.


Umum sudah mengetahui mengenai keadaan politik di Tenang.Maka disini saya ingin menglampirkan berita kemenangan barisan pimpinan UMNO melalu berita yang dipetik dari UMNO online.

LABIS, 30 Jan – Barisan Nasional (BN), mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menerusi calonnya Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707.

Mohd Azahar mendapat undi 6,699 sementara calon Pas, Normala Sudirman memperoleh 2,992 manakala undi rosak142.

Pengumuman dibuat di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis oleh Pegawai Pengurus PRK.

Proses pengundian bagi kerusi PRK DUN Tenang, dibuka pukul 8 pagi dan ditutup pukul 5 petang ini melibatkan 12 pusat pengundian.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. – MediaUMNO

***********************************************************

LABIS, 30 Jan – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih tinggi merupakan bukti rakyat menerima kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dasar yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri telah diterima baik oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Ia adalah kemenangan yang membuktikan penerimaan rakyat pelbagai kaum terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman di negeri ini.

“Dasar-dasar oleh Perdana Menteri seperti Gagasan 1Malaysia, GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan ETP (Program Transformasi Ekonomi) telah disambut dengan baik oleh rakyat semua kaum,” katanya pada sidang akhbar selepas calon BN diumumkan memenangi pilihan raya itu di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis malam ini.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung hari ini, Mohd Azahar Ibrahim, 39, yang memperoleh 6,699 undi menewaskan calon Pas Normala Sudirman, 38, yang hanya memperoleh 2,992 undi.

Walaupun peratusan yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Tenang hanya 67 peratus, namun majoriti yang diperoleh calon BN ialah 3,707 undi, dan jumlah ini jauh lebih banyak berbanding 2,492 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum 2008.

Muhyiddin berkata BN akan meneruskan usaha bagi meningkatkan keyakinan rakyat pelbagai kaum terhadapnya.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri berharap trend kemenangan BN pada pilihan raya kecil akhir-akhir ini, termasuk di DUN Tenang hari ini, mampu diteruskan pada pilihan raya kecil DUN Merlimau 6 Mac ini.

Mengenai kemerosotan jumlah undi yang diperoleh calon Pas, beliau berkata keputusan di DUN Tenang merupakan bukti jelas bahawa parti pembangkang itu ditolak rakyat Johor.

“Dari segi sejarah, Pas sememangnya tidak mempunyai tempat di hati rakyat Johor. Keputusan hari ini hanya mengesahkan bahawa Pas ditolak oleh rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata kemenangan BN hari ini dengan majoriti yang kian meningkat juga membuktikan bahawa Johor kekal sebagai kubu kuat parti pemerintah itu.

***********************************************

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dengan kemenangan ini dan diharapkan tampuk pemerintahan UMNO akan sentiasa menegakkan hak hak rakyat dan seterusnya menjadi sumber inspirasi kepada golongan muda mudi untuk menceburkan diri dalam bidang politik.


p/s : Berdebar-debar menunggu World Cup Rugby 2011. Updates later on this.Stay tune :D


izzy.





0 comments:

Post a Comment

 
Wellington UMNO Club © 2012 | REVAMPED by ABANG PANDA, EXCLUSIVELY FOR WELLINGTON UMNO CLUB