Peringatan kecemasan

Salam dan selamat sejahtera rakan-rakan pelajar Malaysia di Wellington,

Laporan berita telah banyak menyebut bahawa kemungkinan besar Wellington pula yang akan dilanda gempa bumi bukan satu perkara mustahil.

Sehubungan itu, saya bagi pihak Malaysian Students Council (MSC) ingin mengingatkan rakan-rakan semua agar membuat persediaan awal sekiranya bencana ini berlaku (berdoalah siang malam agar ia tidak terjadi). Antara keperluan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

Dokumen-dokumen penting yang perlu di simpan bawah kawalan pelajar



o Sijil lahir/passport/lesen memandu

o Sijil persekolahan/Transkrip peperiksaan

o Gambar keluarga

Keperluan makanan

o Keperluan air untuk tiga hari

o Keperluan makanan/bahan mentah untuk tiga hari

o Bahan kegunaan peribadi harian

Kit Kecemasan

o Bateri/lampu suluh

o Radio/telefon bimbit (make sure credit ada, jika tidak top up sekarang)

o Selimut/sleeping bag



Tolong pastikan keperluan di atas dimasukkan di dalam satu beg dan letakkan berhampiran rakan-rakan terutama bila tidur di waktu malam.

Di pihak MSC, kami akan mengedarkan standard operating procedure menghadapi bencana alam sedikit masa lagi yang antara lain mengandungi nombor perhubungan setiap wakil kariah yang dilantik MSC untuk rakan-rakan berhubung dan tempat berkumpul jika tidak tahu ke mana hendak pergi.



Kerjasama dan perhatian rakan-rakan berkenaan perkara di atas amat dihargai.

Sekian, terima kasih.



Muammar Gadaffi Omar)

Presiden

Malaysian Students Council 2010-2011

Presiden

Kelab UMNO Wellington 2010-2011

0211893990



0 comments:

Post a Comment

 
Wellington UMNO Club © 2012 | REVAMPED by ABANG PANDA, EXCLUSIVELY FOR WELLINGTON UMNO CLUB